Bantuan Dermasiswa Luar Negara merupakan bantuan yang disediakan oleh MAIPk kepada pemohon yang melanjutkan pelajaran di luar negara yang melepasi kelayakan seperti berikut:
Syarat-syarat Umum
- Beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) kecuali pengajian pondok;
- Mendapat tawaran kursus yang memperolehi pengiktirafan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kecuali pengajian pondok;
- Mendaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali pengajian pondok;
- Memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan serta telah disahkan berjaya melepasi syarat kelayakan permohonan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali pengajian pondok;
- Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun secara sepenuh masa;
- Hanya bidang berkaitan pengajian Islam sahaja yang layak;
- Pemohon tidak menerima tajaan, biasiswa, atau pinjaman dari mana-mana agensi lain; dan
- Keutamaan kepada ibu bapa / penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf Fakir atau Miskin serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.
Syarat-syarat Khusus
PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA.
Bantuan Tambang Pejalanan Pergi(sehala) dan Balik(tamat belajar) merupakan bantuan yang disediakan oleh MAIPk bagi meringankan beban mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di luar negara di bawah peruntukan asnaf ibnu sabil.
Syarat-syarat Umum
- Beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Berumur 18 tahun - 30 tahun;
- Telah mendapat tawaran tempat belajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) kecuali pengajian pondok *;
- Telah mendapat tawaran kursus yang memperolehi pengiktirafan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kecuali pengajian pondok *;
- Telah mendaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali pengajian pondok *;
- Telah mendapat Sijil Tamat Pengajian bagi permohonan Tambang Balik;
- Tidak mendapat penajaan tambang perjalanan pergi daripada mana-mana agensi;
- Permohonan tuntutan tidak melebihi 2 bulan dari tarikh tiket penerbangan.
(Nota * : Telah mendapat surat tawaran belajar dari institut pengajian pondok luar negara)
1. Daftar Masuk untuk mendapatkan akaun untuk log masuk sistem.
2. Lengkapkan maklumat peribadi.
3. Klik permohonan dan pilih skim bantuan untuk semakan kelayakan.
4. Lengkapkan maklumat pasangan, ibu bapa/penjaga, tanggungan, pendapatan.
5. Lengkapkan maklumat tambahan berdasarkan skim yang dipohon.
6. Lengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
7. Sekiranya permohonan telah lengkap, klik hantar permohonan.
Bantuan Am Pelajaran / Bantuan Perubatan
Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan permohonan Bantuan Am Pelajaran atau Bantuan Perubatan, anda boleh menghubungi pejabat MAIPk mengikut daerah permohonan masing-masing di talian seperti pautan berikut klik di sini atau anda boleh menghantar aduan melalui alamat emel di korporat@maipk.gov.my .
Bantuan Hemodialisis / Bantuan Dermasiswa Dalam Negara / Bantuan Dermasiswa Luar Negara / Bantuan Tambang Perjalanan (Belajar Luar Negara)
Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan permohonan Bantuan Hemodialisis,Bantuan Dermasiswa Dalam Negara, Bantuan Dermasiswa Luar Negara dan Bantuan Tambang Perjalanan (Belajar Luar Negara), anda boleh menghubungi ibu pejabat MAIPk di talian 05-2084000 atau anda boleh menghantar aduan melalui alamat emel di korporat@maipk.gov.my .