Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak


PENGUMUMAN MIGRASI SISTEM BANTUAN AM PELAJARAN

Mulai 16 November 2023 , Sistem Bantuan Am Pelajaran telah berpindah ke Sistem Permohonan Bantuan Atas Talian yang baharu. Anda boleh melakukan pendaftaran dan permohonan Bantuan Am Pelajaran di Sistem Permohonan Bantuan Atas Talian yang baharu dengan melayari laman web di pautan berikut http://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk

Namun, anda masih boleh melayari Sistem Bantuan Am Pelajaran ini dengan tujuan berikut :-
1- Untuk semakan status kelulusan permohonan yang telah dihantar.
2- Untuk menghantar permohonan bagi maklumat yang telah lengkap sahaja di bahagian:
     A) MAKLUMAT ASAS
     B) MUAT NAIK DOKUMEN
     C) MAKLUMAT TERPERINCI

BANTUAN KEMASUKKAN IPTA/IPTS BAGI TAHUN 2024

Assalamualaikum. w.b.t. Portal ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermastautin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bantuan yang akan diberikan hanyalah di peringkat pengajian seperti dibawah.
Peringkat Pengajian

SIJIL / MATRIKULASI /

STPM / STAM / SPMV(KV)

Jumlah Bantuan : RM 800.00
Peringkat Pengajian

DIPLOMA / DPMV(KV)

 

Jumlah Bantuan : RM 1000.00
Peringkat Pengajian

IJAZAH

 

Jumlah Bantuan : RM 1000.00

SYARAT UMUM PERMOHONAN.

Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.

Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS

Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.

Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.

Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.

SEMAK KELAYAKAN ANDA DISINI

Anda disarankan untuk menggunakan pelayar Mozilla Firefox bagi mengakses sistem ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 05-2084000. Manakala, jika ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai Bantuan Am Pelajaran, boleh hubungi seperti di talian berikut. Klik Disini

HAKCIPTA TERPELIHARA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK. 2017