Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil dan lain-lain lagi.
Terdapat 2 jenis syarat yang perlu dipenuhi iaitu Syarat Umum dan Syarat Khusus.
Syarat-syarat Umum ialah :
1) Beragama Islam.
2) Warganegara Malaysia.
3) Bermastautin di Negeri Perak.
4) Tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak / agensi.
Syarat-syarat Khusus ialah :
1) Mengikut skim yang dipilih (syarat akan dinyatakan apabila anda telah memilih skim)
Cth : Tergolong dalam Asnaf Fakir atau Miskin atau Muallaf dan melepasi had kifayah.
1. Daftar Masuk untuk mendapatkan akaun untuk log masuk sistem.
2. Lengkapkan maklumat peribadi.
3. Klik permohonan dan pilih skim bantuan untuk semakan kelayakan.
4. Lengkapkan maklumat pasangan, ibu bapa/penjaga, tanggungan, pendapatan.
5. Lengkapkan maklumat tambahan berdasarkan skim yang dipohon.
6. Lengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
7. Sekiranya permohonan telah lengkap, klik hantar permohonan.
Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut skim bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak MAIPk mengenal pasti kelayakan pemohon.
Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula.