BANTUAN MAIPk

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak

Portal ini bertujuan untuk permohonan bantuan zakat secara atas talian. Buat masa ini, skim di bawah sahaja yang boleh di pohon secara atas talian (online).

BANTUAN PERUBATAN BANTUAN HEMODIALISIS BANTUAN AM PELAJARAN BANTUAN DERMASISWA DALAM NEGARA BANTUAN DERMASISWA LUAR NEGARA

SOALAN LAZIM

Bantuan Am Pelajaran dan Syarat-Syarat Kelayakan?

Bantuan Am Pelajaran merupakan bantuan sekaligus (one-off) yang diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam negara. Bantuan yang akan diberikan hanyalah di peringkat pengajian seperti dibawah:-

PERINGKAT PENGAJIAN

JUMLAH BANTUAN

SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV)

RM800.00

DIPLOMA / DPMV(KV)

RM1000.00

IJAZAH

RM1000.00



Syarat Kelayakan

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  • Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi
  • Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran
  • Pengajian secara sepenuh masa dan tempoh tidak kurang dari 12 bulan
  • Pengajian DPLI/PJJ/Pasca siswazah tidak layak
  • Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak.

Bantuan Dermasiswa Dalam Negara dan Syarat-Syarat Kelayakan?

Bantuan Dermasiswa Dalam Negara merupakan bantuan yang disediakan oleh MAIPk kepada pemohon yang melanjutkan pelajaran di dalam negara dalam bidang seperti berikut :  

PERINGKAT PENGAJIAN

BIDANG PENGAJIAN

Ijazah Sarjana Muda / Diploma

Syariah, Ushuluddin dan lain-lain bidang di dalam Pengajian Islam

Pondok / Tahfiz

Pengajian Islam

 

Syarat-syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  • Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi/pondok serta mendapat pengesahan daripada pusat pengajian berkenaan;
  • Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang dari setahun secara sepenuh masa;
  • Permohonan di semester kedua pada tahun pertama pengajian atau setelah gagal mendapat mana-mana tajaan, biasiswa atau pinjaman
  • Pemohon tidak menerima mana-mana tajaan, biasiswa atau pinjaman;
  • Permohonan hanya setahun sekali sahaja bagi kali kedua dan seterusnya, dan
  • Keutamaan kepada ibu bapa/penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin dan tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.

 

Syarat-syarat Khusus

Ijazah Sarjana Muda / Diploma
Syariah, Ushuluddin dan lain-lain bidang di dalam Pengajian Islam

1.

Syarat kelayakan :
a. Tertakluk kepada keputusan peperiksaan terkini dengan keputusan minimum PNG  
    3.00.
b. Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta : Berdaftar dengan Kementerian
    Pengajian Tinggi (KPT).
c. Mendapat pengiktirafan di bawah Malaysian Qualification Accredition (MQA).

Pondok / Tahfiz- Pengajian Islam

2.

Syarat kelayakan :
a. Berdaftar dengan pihak berkuasa negeri sebagai pondok/ tahfiz swasta..
b. Berumur 13 hingga 25 tahun sahaja.

 

Bantuan Dermasiswa Luar Negara dan Syarat-Syarat Kelayakan?

Bantuan Dermasiswa Luar Negara merupakan bantuan yang disediakan oleh MAIPk kepada pemohon yang melanjutkan pelajaran di luar negara yang melepasi kelayakan seperti berikut:


Syarat-syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) kecuali pengajian pondok;
  • Mendapat tawaran kursus yang memperolehi pengiktirafan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kecuali pengajian pondok;
  • Mendaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali pengajian pondok;
  • Memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan serta telah disahkan berjaya melepasi syarat kelayakan permohonan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali pengajian pondok;
  • Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun secara sepenuh masa;
  • Hanya bidang berkaitan pengajian Islam sahaja yang layak;
  • Pemohon tidak menerima tajaan, biasiswa, atau pinjaman dari mana-mana agensi lain; dan
  • Keutamaan kepada ibu bapa / penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf Fakir atau Miskin serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.

 

Syarat-syarat Khusus

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA.

Bantuan Perubatan dan Syarat-Syarat Kelayakan?

Syarat-syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia (kecuali Ibnu Sabil).
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil / Fisabilillah / Ghorimin (tertakluk had kifayah).
  • Tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak / agensi.

Bantuan Hemodialisis dan Syarat-Syarat Kelayakan?

Syarat-syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia (kecuali Ibnu Sabil).
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil / Fisabilillah / Ghorimin (tertakluk had kifayah).
  • Tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak / agensi.

Bagaimanakah Caranya Untuk Memohon Bantuan Zakat MAIPk?

1. Daftar Masuk untuk mendapatkan akaun untuk log masuk sistem.
2. Lengkapkan maklumat peribadi.
3. Klik permohonan dan pilih skim bantuan untuk semakan kelayakan.
4. Lengkapkan maklumat pasangan, ibu bapa/penjaga, tanggungan, pendapatan.
5. Lengkapkan maklumat tambahan berdasarkan skim yang dipohon.
6. Lengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
7. Sekiranya permohonan telah lengkap, klik hantar permohonan.

Siapakah yang Boleh Dihubungi?

Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan permohonan atau sistem, anda boleh menghubungi MAIPk di talian 05-2084000 atau menghantar aduan melalui alamat emel di korporat@maipk.gov.my .


Kaji selidik sistem Bantuan MAIPk.