• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk SOKONG PEMBENTUKAN GENERASI HUFFAZ, RAI 118 PELAJAR SMK AGAMA KERIAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK

MAIPk SOKONG PEMBENTUKAN GENERASI HUFFAZ, RAI 118 PELAJAR SMK AGAMA KERIAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK

KERIAN, 22 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus memberi sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan al-Quran apabila Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Encik Mohd Saufi bin Ibrahim yang mewakili YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua MAIPk, hadir merasmikan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2026 di SMK Agama Kerian, Tahfiz Model Ulul Albab, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun itu diadakan bagi meraikan kejayaan 118 orang pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dengan bimbingan guru-guru tahfiz.

Majlis berkenaan bukan sekadar meraikan kejayaan pelajar menghafaz 30 juzuk al-Quran, malah menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran serta mendorong para pelajar agar menghayati dan mengamalkan kandungannya dalam kehidupan seharian.

Semoga kejayaan yang dicapai oleh para pelajar pada hari ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai huffaz berkualiti di Negeri Perak. MAIPk turut menyokong usaha melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja menguasai hafazan al-Quran, malah mempunyai akhlak dan keperibadian tinggi, seterusnya mampu melahirkan generasi Rabbani yang mampu memimpin masyarakat berteraskan nilai-nilai al-Quran.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2026 turut diserikan dengan bacaan doa, majlis khatam hafazan, persembahan pelajar serta penyampaian sijil khatam oleh Encik Mohd Saufi bin Ibrahim kepada para pelajar daripada halaqah lelaki dan perempuan.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.