TAKLIMAT DAN PENYERAHAN BANTUAN MURID TERCICIR TAHUN 2026 PERKUKUH KERJASAMA MAIPk DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
MERU, 5 Ogos 2026 – Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Encik Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd Amin telah menyampaikan taklimat berkaitan Bantuan Murid Tercicir Tahun 2026 di Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Meru.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Ahmad Faidzul bin Mat Yazid.
Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara MAIPk dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam usaha mengenal pasti murid-murid yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kekangan sosioekonomi, di samping menyampaikan bantuan kepada penerima yang layak.
Melalui kerjasama erat ini, MAIPk komited memastikan bantuan zakat dapat disalurkan secara lebih menyeluruh, berkesan dan tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai anak-anak asnaf untuk kembali meneruskan pendidikan demi masa depan yang lebih baik.








