• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

MAIPk DAN PSB TEROKA KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KWAP BAGI PEMBANGUNAN PUSAT PENJAGAAN WARGA EMAS

IPOH, 5 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama anak syarikat milik penuhnya, PKEINPk Sdn. Bhd. (PSB), telah mengadakan kunjungan hormat ke Pengurusan Tertinggi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bagi membincangkan cadangan pembangunan Pusat Penjagaan Warga Emas di atas tanah Baitulmal milik MAIPk yang terletak di Meru, Ipoh.

Delegasi MAIPk diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh. Turut menyertai kunjungan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PSB, Tuan Amirul Hakim bin Abdullah, Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat MAIPk, Encik Rohizan bin Omar.

Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik dalam merealisasikan pembangunan sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas yang komprehensif, selaras dengan usaha memperkasakan penyediaan kemudahan penjagaan berkualiti serta memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan warga emas.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara MAIPk, PSB dan KWAP ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi yang bukan sahaja memperkasa pembangunan aset Baitulmal, malah menyumbang kepada kesejahteraan, kebajikan dan kualiti hidup warga emas di Negeri Perak.


MAIPk, PSB DAN KPTM IPOH TEROKA KERJASAMA PEMBANGUNAN ASRAMA PELAJAR

MERU, 5 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama anak syarikat milik penuhnya, PKEINPk Sdn. Bhd. (PSB), telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh bagi membincangkan cadangan pembangunan asrama pelajar KPTM Ipoh.

Delegasi MAIPk diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, manakala delegasi PSB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Amirul Hakim bin Abdullah.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah KPTM Ipoh, Puan Anisa binti Mohd Yusoff. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan merangkap Pegawai yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Korporat, KPTM Ibu Pejabat, Encik Mudzir bin Mohamad dan Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari.

Kunjungan ini bertujuan membentangkan cadangan pembangunan asrama pelajar KPTM Ipoh di atas tanah Baitulmal milik MAIPk, di samping mendapatkan input terkini berkaitan keperluan serta pengurusan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi berkenaan.

Semoga cadangan pembangunan asrama pelajar KPTM Ipoh ini dapat diperhalusi dengan sebaik-baiknya dan direalisasikan dalam tempoh terdekat demi menyediakan kemudahan penginapan yang selesa serta kondusif kepada para pelajar.


TAHNIAH TOKOH MAAL HIJRAH KUALA KANGSAR

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Najmuddin bin Abu Hanipah atas penganugerahan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kuala Kangsar 1448H/2026M.

Pengiktirafan ini merupakan penghormatan atas jasa, pengorbanan dan komitmen berterusan beliau dalam menyebarkan syiar Islam serta menyumbang kepada pembangunan ummah.

Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat untuk terus menghayati semangat hijrah melalui ilmu, akhlak dan amal kebajikan.

Kredit: Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Kuala Kangsar


TEMUDUGA TERBUKA

KERJAYA PROFESIONAL MENANTI ANDA!

Antara kerjaya yang menanti anda selepas tamat latihan:
✅ Technician
✅ Manufacturing Specialist

Impian memiliki kerjaya yang stabil dan berpendapatan baik bermula dengan kemahiran yang tepat.
Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa belia asnaf yang berminat untuk menyertai Temuduga Terbuka Program TVET MAIPk – Kemahiran Automasi Industri.

Peserta yang berjaya akan mengikuti latihan profesional di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), salah sebuah hab industri berteknologi tinggi negara, sebelum berpeluang membina kerjaya dalam industri hijau bertaraf antarabangsa.

❗️❗️Tempoh Kursus / Latihan : 3 Bulan sahaja❗️❗️

Tajaan penuh MAIPk merangkumi:
✅ Yuran latihan
✅ Penginapan
✅ Makan dan minum
✅ Elaun bulanan
✅ Jaminan kerjaya 100% selepas tamat latihan

Tarikh Temuduga
26 Ogos 2026
Masa
8.30 pagi – 1.00 petang

Lokasi Temuduga
• MAIPk Ipoh (KIDR)
• MAIPk Bagan Serai
• MAIPk Kuala Kangsar
• MAIPk Manjung
• MAIPk Tapah
• MAIPk Gerik

Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran, membina masa depan dan melakar kerjaya profesional dalam sektor automasi industri.

Hadir ke lokasi temuduga yang berhampiran dan rebut peluang membina masa depan bersama TVET MAIPk.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang tertera pada poster.


TAKLIMAT DAN PENYERAHAN BANTUAN MURID TERCICIR TAHUN 2026 PERKUKUH KERJASAMA MAIPk DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

MERU, 5 Ogos 2026 – Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Encik Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd Amin telah menyampaikan taklimat berkaitan Bantuan Murid Tercicir Tahun 2026 di Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Meru.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Ahmad Faidzul bin Mat Yazid.

Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara MAIPk dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam usaha mengenal pasti murid-murid yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kekangan sosioekonomi, di samping menyampaikan bantuan kepada penerima yang layak.

Melalui kerjasama erat ini, MAIPk komited memastikan bantuan zakat dapat disalurkan secara lebih menyeluruh, berkesan dan tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai anak-anak asnaf untuk kembali meneruskan pendidikan demi masa depan yang lebih baik.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.