• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • PROGRAM JALINAN WAKAF | HASRAT ARWAH DITUNAIKAN, MANFAAT WAKAF DITERUSKAN

PROGRAM JALINAN WAKAF | HASRAT ARWAH DITUNAIKAN, MANFAAT WAKAF DITERUSKAN

Alhamdulillah, Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyampaikan Sijil Penghargaan Pewakaf kepada waris yang telah menyempurnakan hasrat murni arwah ibu mereka untuk mewakafkan sebuah bangunan kediaman.

Harta berkenaan telah diwakafkan oleh Haji Ghazali bin Kasim bersama adik-beradik bagi tujuan Wakaf Saraan Masjid Mahmudiah, Kampung Serdang, Sitiawan, Perak.

Wakaf tersebut diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membantu kelangsungan pengurusan, pengimarahan dan kemakmuran Masjid Mahmudiah, sekali gus memberikan manfaat yang berterusan kepada masyarakat setempat.

Semoga Allah SWT menerima dan memberkati amalan wakaf ini sebagai amal jariah serta mengurniakan ganjaran pahala yang berterusan kepada arwah dan seluruh ahli keluarga yang telah menyempurnakan hasrat murni berkenaan.

“Satu niat, satu pemberian, seribu keberkatan yang tidak terhenti walaupun jasad telah pergi.”


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.